Monday, November 15, 2010

Kalam Hikmah Ibni Athoillah

Pengajian Kitab Hikam ini di petik dari sebuah laman web,sila rujuk laman web dibawah ;
http://www.angelfire.com/journal/suluk/hikam.html 
Sila ke laman web seperti tertera bagi pengajian seterusnya........

Tanda-tanda Bergantung Pada Amalan

Kata Sheikh R.A yang bermaksud :
 
Setengah daripada alamat orang yang bergantung(bersandar) atas amal itu ialah kurang harapannya apabila melakukan kesalahan(maksiat).
Terjemahannya oleh Tok Pulau Manis
Sebahagian daripada tanda-tanda hamba Allah yang bersandar dirinya pada kekuatan amal usahanya ialah berkurangnya pengharapan terhadap rahmat kurnia Allah dan apabila mereka membuat sesuatu kesalahan atau dosa disisi Allah dan akan sempurna harapannya kepada Allah apabila beliau banyak melakukan ketaatan. Adalah yang demikian itu hal segala orang yang jahil yang menilik bagi dirinya berbuat amal dan orang-orang-orang Arif tiada sekali-kali menilik dirinya berbuat sesuatu amalan.
Adalah segala hal manusia itu terbahagi kepada beberapa bahagi seperti di bawah:
    Yang pertamanya ialah golongan yang bersandar atas amalan yang mereka lakukan dan alamatnya ialah berkurangan harapannnya kepada Allah apabila tiada hasil baginya apa yang dimaksudkan seperti untuk memperolehi sesuatu perkara yang luar biasa daripada amalan-amalan dan ibadat yang dilakukan.Yang keduanya ialah mereka yang bersandar kepada anugerah taufik dan hidayah daripada Allah dan alamatnya ialah sentiasa rujuk (melihat kehendak dan kekuasaan Allah) kepada Allah sama ada dalam nikmat kesukaan atau bala(kesakitan). Apabila mereka suka mereka berkata Alhamdulillah dan bersyukur kepadanya dan apabila duka (ditimpa dbencana) kepada Allahlah mereka minta tolong dan berlindung. Yang ketiganya ialah mereka yang bersandar atas bahagian yang telah terdahulu iaitu apa-apa yang telah ditentukan pada azali lagi. Alamatnya ialah tiada gundah(bimbang) dengan ketiadaan asbab(seperti makan atau pekerjaan). Maka tiadalah bertambah harapanya kerana sesuatu dan tiada kurang harapannya kerana sesuatu. Sama sahaja ada dan tiada sesuatu dan jikalau ditimbang harapan dan takutnya nescaya bersamaan dalam tiap-tiap waktu dan hal malahan mereka ini sentiasa SUKA DENGAN ALLAH.
Kata setengah daripada kaum sufiah adalah golongan yang ketiga itu ialah mereka yang menyerahkan dirinya dan diam dibawah perintah segala hukum Allah iaitu mereka yang sentiasa menilik dan musyahadah kepada fi'li(perbuatan) Allah dan FANA daripada dirinya. Berkata pula setangah daripada orang-orang MUHAQQIQIN R.A, barangsiapa yang sampai kepada HAKIKAT ISLAM (pengakuan zohir) maka tidaklah kuasa dia daripada berhenti untuk sentiasa melakukan amal dan ibadat dan barangsiapa samapai kepada HAKIKAT IMAN maka tiadalah berupaya untuk berpaling(lari) daripada amal dan ibadat dan barangsiapa sampai kepada HAKIKAT IHSAN maka tiadalah kuasa dia berpaling kepada sesuatu lain daripada Allah(sentiasa musyahadah dengan Allah).
Berkata pula pengarang kitab Hikam :
Ketahui olehmu wahai Salik !!.
bahawasanya adab kepada orang yang AHLI THORIQ dalam sesuatu waktu(detik/saat) itu boleh jadi
  • ADAB AL-SYARIAT dan dalam sesuatu waktu boleh jadi
  • ADAB-AL-HIKMAT dan sesuatu waktu yang lain boleh jadi
  • ADAB-AL-HAQ.
Maka maksud ADAB-AL-SYARIAT itu ialah berdiri yakni buat amal dan menunaikannya mengikut kehendak hukum syarak. Ini adalah langkah permulaan bagi segala orang yang menjalani jalan menuju kepada Allah. Maka maksud ADAB-AL-KHIDMAT ialah fana(hilang/hapus) daripada melihat segala amalan yang dikejakannya dan tiadalah mereka memandang kepada yang demikian itu melainkan kepada anugerah Allah Taala jua kerana bagi oarang yang dalam makam ahli khidmat, WAJIB bagi mereka tidak bersandar di atas amalan yang mereka kerjakan.
Maksud ADAB-AL-HAQ ialah seperti "kuketahui barang yang bagimu dan barang yang hak Allah. (hilang dan tenggelam jiwanya dalam lautan musyahadah dengan Allah). Inilah makam atau kedudukan orang yang AHLI TAHKIQ kerana hamba itu apabila mengenal ia hakikat sifat-sifat hamba iaitu FAKIR, DHOIF, LEMAH, HINA dan KURANG di samping mengenal suatu yang tuhannya yang bersifat dengan GHONI(KAYA), QAWI(KUAT/KUASA), QADIR(PEKEHENDAK), 'AZIZ(MULIA) DAN KAMALAT(KESEMPURNAAN).... maka hamba yang ahli-tahkiq ini fanalah ia daripada tiap-tiap barang yang lain daripada Allah. (tidak nampak susautu ini melainkan melihat akan kewujudan Allah yang MAHA SEMPURNA).
INILAH... bagi hamba-hamba pilihan yang berupaya melihat akan kamalat kudrat tuhannya kerana bahawasanya barangsiapa tiada melihat akan kamalat kudrat tuhannya dalam MAKRIFAT maka gugurlah(turun) ia makam atau keadaan yang sempurna (INSANUL KAMIL). Maka apabila telah engkau lihat akan kamalat kudrat tuhamnu maka fanalah engkau daripada tiap-tiap perkara yang lain daripadaNya. Sesungguhnya hendaklah engkau ketahui bahawasanya kehendak Allah daripamu dalam tiap-tiap hal dan tiap-tiap perkataan dan tiap-tiapa makam.
INILAH... kesudahan-kesudahan adab kerana bahawanya yang dikehendaki oleh hak Allah ialah bahawa engkau itu tiada berdaya dan hendaklah engkau menggugurkan segala ikhtiarmu (iaitu tidak pandang dan mengira-gira) dan hendaklah engkau memutuskan kehendakmu(jangan nampak kekuasaanmu) pada tiap-tiap perkara yang Allah telah tetapkan engkau di dalamnya, sama ada di dalam Maqam Tajrid(semata-mata beribat kepada Allah tanpa memikirkan usaha) atau di dalam Maqam Asbab.


Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam
Semoga Allah memberi anda petunjuk dan hidayahnya.
TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN BANTUAN ALLAH DAN KURNIA RAHMATNYA

Site Sponsors sponsor logo sponsor logo sponsor logo WIRED

Sunday, November 14, 2010

Forex 3six0: MyFx360 - IA Discount Validity

Forex 3six0: MyFx360 - IA Discount Validity: "Hi Valuable Traders, Please be informed that the discount offered is valid from the date of launching 01 Oct 2010 until further notice. This..."

Tuesday, September 28, 2010

Friday, September 24, 2010

Kuliah Tuan Guru 27 Rejab 1431- Iman Lailatul Mi'raj



http://www.ustream.tv/recorded/8190669

Kuliah Tuan Guru 2. 130710 TG Hj. Ahmad Junaidin



http://www.ustream.tv/recorded/8251240

Kuliah Tuan Guru 1. 130710 TG Hj. Idris



http://www.ustream.tv/recorded/8250994

Kuliah Tuan Guru 200710



http://www.ustream.tv/recorded/8399545

Kuliah Tuan Guru 270710 TG Hj. Ahmad Junaidin



http://www.ustream.tv/recorded/8546745

Kuliah Tuan Guru 220710 TG Hj. Idris



http://www.ustream.tv/recorded/8400000

Kuliah Tuan Guru 270710



http://www.ustream.tv/recorded/8546745

Kuliah Tuan Guru 080310



http://www.ustream.tv/recorded/8693274

Kuliah Tuan Guru 270710



http://www.ustream.tv/recorded/8547824

Kuliah Tuan Guru 230810



http://www.ustream.tv/recorded/8694247

Kuliah Tuan Guru 030810



http://www.ustream.tv/recorded/8693645

Kuliah Tuan Guru 230810



http://www.ustream.tv/recorded/8694247

Kuliah pada 23 Aug. 2010

Kuliah Tuan Guru 140910



http://www.ustream.tv/recorded/9566295

Kuliah pada 14 Sept. 2010

Kuliah Tuan Guru 210910



http://www.ustream.tv/recorded/9729927

Kuliah pada 21 Sept. 2010